Dah beberapa hari tak dapat berkomunikasi dgn awk,
awk terus menyepikan diri, tanpa sebarang pesanan, tanpa sebarang sebab. Ok, mungkin sebab sy slalu take you for granted, slalu lepas geram kat awk, mungkin awk kecil hati, sy anggap awk macam takda perasaan. Ya, mungkin sy yang bersalah. Tapi kenapa taknak bg sy peluang utk berubah? Awak tak tahu ke, betapa sy bersusah-payah berusaha utk mendapatkan awk dulu? Kali pertama mata melihat awk, hati terus terpaut, dan sy menanam tekad walau apapun yg terjadi, sy tidak akan segan-silu utk menjejaki dan mendapatkan awk. Dan nasib menyebelahi sy bila akhirnya awk berada dalam genggaman, segala penat lelah terbalas jua. Saat itu cukup membahagiakan. Semuanya berjalan dengan lancar di awal cerita. Namun siapa sangka, keadaan akan berubah.
Percayalah, sy tidak pernah berniat utk menduakan awk (ok, tipulah kalau ckp langsung takda niat, diam2 sudah), tapi kemunculan dia tidak tidak pernah diduga, apatah lagi diharap. Awk dah hampir dua tahun bersama sy, tentu awk kenal hati budi sy kan? I don't know how to say 'NO'. Segalanya terjadi secara tidak sengaja.
Hari itu, tidak akan sy lupa. Ehm, maksud sy, bulan itu tidak akan sy lupa, July 2008. Sy bersama seorg kawan berjalan-jalan di kompleks itu sekadar utk mencuci mata dan melihat perkembangan semasa. Sampai di suatu tempat, sy terpandang dia. Dia hanya membalas pandangan sy tanpa sebarang kata-kata. Tiba-tiba seorg pakcik menegur bertanya sekiranya sy berminat. Sy hanya senyum dan membalas, sekadar melihat-lihat. Sy tak tahu apa masalah pakcik tu bila dia menjadi terlalu BAIK dan terus menarik si dia mendekati sy dan terus memuji-muji kelebihan si dia. Sy ingin beredar. Tapi awk tahu sy mcm mana kan? Sy tak sanggup menjadi biadab dengan pergi begitu saja ketika orang tua sedang berckp. Jadi sy pun tunggu sampai dia habis bercakap. Pakcik tu tanya lagi, bagaimana, berminatkah? Utk mengatakan TIDAK dan terus beredar sgt kurang sopan kan, jadi sy pandang kawan di sebelah, bertanyakan pendapatnya sambil membuat isyarat muka utk cepat2 pergi dari situ. Sy sgt pasti isyarat muka sy berkata "jom la pergi, aku tak minat pun", tapi kawan tu mungkin punya masalah memahami isyarat muka lalu mentafsirnya sebagai "apa pendapat kau? aku minat la, tp nak persetujuan kau dulu". Lalu, dia mengiyakan kata-kata pakcik tadi sambil menyokong pendapatnya yg si dia sesuai utk sy.
Kehabisan akal, lalu sy meminta diri utk kembali selepas menyelesaikan sesuatu. Tapi pakcik tu mungkin dpt mengagak yg sy cuba melarikan diri. Lalu dia menjadi terlalu BAIK lagi dgn menawarkan diri utk memegang barang sy sehingga sy kembali. Sy tiada pilihan. Barang itu telah pun berada di tangan pakcik yg BAIK tu. Sy terpaksa kembali sejurus selepas itu utk mendapatkan si dia. Percayalah awk, tak pernah sekalipun hati ini terpikat pada si dia. Fahamilah, sy terpaksa.. Kalaulah sy lebih berani utk mengatakan TIDAK.. Hati sy terlalu lembut utk menolak. Walaupun dia hadir antara kita, awk tetap nombor 1 dalam hati ni, sy tak pernah layan dia sebaik sy layan awk, awk pun tahu kan? Sehingga saat ini sy mendendami pakcik tu. Dia terlalu BAIK memberikan segala maklumat tentang si dia tanpa sy pinta. Lihatlah, sampai sekarang sy ckp dia BAIK, sbb sy takut dia akan terluka sekiranya dia terbaca segala maki-hamun dan kutukan sy terhadap dia (Fine, that was me being sarcastic, he wouldnt even read this).
Ketiadaan awk membuatkan sy terpaksa bersandar pada si dia..
Kembalilah awk, sy perlukan awk, sayang sy masih pada awk.. *sad*

Biarlah LG tu punya rupa yg menarik dan fungsi yg lebih hebat sekalipun, hati sy tetap pada awk Samsung..



1 comment:
heyy apelaaa pempuan ni. i was thinking, 'what, there are MALE hookers in malaysia???' lolol. then seconds after that i recognized how the story goes and immediately know what its about.
Post a Comment